Saturday, 27 September 2014

Cantik atau Penyeksaan?

Assalamualaikum..

Tadi Nadia buat research cari artikel tiba tiba terjumpa artikel berkaitan 'Kasut Kaki Kuntum Teratai'. Tangan ni pun gatal lah nak mengepost dekat blog hihi

Jom kite tengok video sikit pasal Kasut Kaki Kuntum Teratai




Dahulu adat membengkung kaki adalah terjemahan kepada kewanitaan dan keayuaan.
Bagi mereka, tanpa kaki bersaiz tiga inci itu, lelaki tidak akan masuk meminang.
Tetapi pada hari ini budaya tersebut disifatkan sebagai penyeksaan dan kezaliman yang tidak terhingga kepada wanita.
Adat membengkung kaki ini telah diharamkan sejak tahun 1912, tetapi masih ada keluarga yang melakukannya secara rahsia.
Bagaimanapun tradisi itu berjaya dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 1930 oleh
Dr Sun Yat Sen.
.......
Okay ni pulak nak share sikit info bengkung kaki ni..

  • Amalan membengkung kaki dipercayai bermula pada zaman Dinasti Sung
  • Ia dilakukan sebaik saja kanak-kanak perempuan mencecah usia lima atau enam tahun
  • Kaki akan direndam dalam rebusan suam campuran herba dan darah haiwan Jari kaki akan dipatahkan kecuali ibu jari dan dilipat ke bawah tapak kaki
  • Ia dibalut dengan kain sutera atau kapas yang basah berukuran kira-kira tiga meter dan lima sentimeter lebar
  • Ritual itu akan diulang setiap dua hari dengan kain pembalut yang baru
  • Selepas dilakukan berulangulang, kanakkanak ini tidak lagi berasa sakit dan kaki hanya akan dicuci setiap dua minggu.
  • Kaki yang dibengkung mesti mencapai ukuran enam sentimeter bagi golongan aristokrat dan 12.7 sentimeter untuk masyarakat bawahan.
  • Amalan penindasan ini diharamkan sepenuhnya pada 1930 selepas komunisme menerajui China.
Cantik tapi menyeksa diri kan...


Monday, 22 September 2014

"Kasut kecil"

1.49 am, tak boleh nak tidur so jom kite sambung previous post yang pasal
Lotus Shoes tuh..
 
Kasut kecil molek ini dikenali sebagai “kasut kaki berbengkung” yang merupakan sebahagian warisan masyarakat Cina. Menurut sejarah, kasut kecil ini, dipercayai hasil tangan  orang Baba dan Nyonya Melaka, telah mula dibuat pada Zaman Dinasti Sung di China. Pemakainya perlu mengamalkan pembengkungan kaki supaya size kaki si pemakai terus mengecil.
Amalan ini melambangkan kewanitaan dan keayuan seseorang perempuan Cina. Mereka yang berkaki kecil dipanggil ‘kuntum teratai tiga inci’. Amalan membengkung kaki bermula pada usia muda. Sebaik saja kanak-kanak perempuan mencecah usia lima atau enam tahun, kakinya sudah mula dibengkung oleh ibu atau nenek. Wanita yang memakai kasut kecil sebegini dikira lebih cantik dan menjadi simbol yang erotik dan ghairah.
Sebab utama wanita zaman dahulu mengamalkan amalan membengkung kaki ini adalah untuk meraih darjat. Kaki berbengkung dilihat sebagai simbol kecantikkan, kemurnian dan sopan santun. Ia juga menjanjikan jodoh yang baik untuk si gadis. 
Menarik kan? Kalau nak lagi lagi menarikkk, tunggu pulak next post okay hihi

Chat chit chottt

Hi, entry sebelum ni Nadia ade cerita pasal assigment Puan Nida yang kene interview pengusaha kecil kecilan kan, ingat tak? 
Haa kalau tak ingat rajin rajinkan lah belek previous post ye hikhik. 

Meh sini nak cerita pasal mendalam pasal projek tuh. 
Untuk TXD 569 ni, kami diberi projek untuk mencari pengusaha yang cuma menjalankan projek kecik kecilan. Tapi, pengusaha yang dikehendaki bukan lah pengusaha yang menjual barangan yang mengambil produk dari pedagang lain, sebaliknya pengusaha yang menjalankan bisnes  dan produk prodak tersebut mestilah dari hasil buatan tangan mereka sendiri atau kite kenali sebagai 'homemade'. 
Haa tuh yg agak susah nye, mane pulak nak cari pengusaha ni ekk.

Lepas tanye orang itu tanye orang ini, Nadia nak buat research pasal seorang peniaga ni. Die ni baru 22 tahun , buat bisnes berkaitan sulaman bantal, beg, kasut and macam macam lagi lah.
Tapiiiiiii free free kene reject dgn Puan Nida sbb Puan Nida ckp dia taknak  pengusaha yang dah kenal dunia IT, kite yang bertanggungjawab untuk promote kan bisnes pengusaha tuuu. 
Okayy termisunderstanding kt situ..Sedih betul

Lepas tuu Nadia punn tanye lah kawan Nadia kot kot die ade kenal dgn orang yang buat bisnes handmade ni. Then die cadangkan pasal Lotus shoes yang ada kt Baba Nyonya. 
image by: Google




image by: Google
image by: Google

"Kasut Kaki Kuntum Teratai"
"The Lotus Shoes Flower Feet"

Cantik kan ? Okay tengok ni pulak ..

image by: Google
image by: Google
image by: Google

Haa menarik kan. Hihi nak tahu lagi lanjut? Follow my next post okay ... :D

Sunday, 21 September 2014

Yess !!!

Hi.. 5 hari berlalu.. Puas hari hari godek blog sane blog sini belajar pasal nak edit blog ni.. 
Susah jugak memandangkan ni first time buat blog hihi. Nampak tak pentingnya belajar social networking ni dari awal. 
So memandangkan tak berape nak pandai, terpaksa lah bukak tutorial belajar dari awal. 
Akhirnyaaa.....
Berjaya jugak tau walaupun tak habis edit lagi *clap hand* hiks.

Okay back to reality, nak cerita pasal assignment yg kitorg dpt untuk subjek TXD 569 atau Art Appreticeship atau Subjek yg Puan Nida ajar atau projek yang quick tough atau kene keluar mencari orang yang menjalankan perniagaan yang berkaitan Textile. 
Yang mencabarnya kami tidak dibenarkan untuk interview mana mana pengusaha mengikut suka hati Sahaja. Haa dapat bayangkan tak? Haha.
 Soo ape yang kite nak buat ekk *thinking*....

Tuesday, 16 September 2014

Author Behind The Screen

Hello & Assalamualaikum


This is my first post on my online diary, so let's talk about me!

Given name as Nadia and im forever twenty one who right now studying Degree in Textile department at UiTM Shah Alam.  Has an amazing family that always been there for me. Can't imagine my life without them!


"Jangan cepat berputus asa, kerana berputus asa itu bukan akhlak seorang muslim" Mak
"Kite bukan orang senang, jalankan tanggungjawab dan laksanakan" Abah
Alhamdulillah, im here with their words. I love you both, Mak Abah


This is my super crazy sibling. Selalu gaduh tetapi tetap sayang (bodek)

Back to me, some people said im a soooooo shy person. Only the closer one knows the other side of me. Not an easy person to handle with (mom knows me very well).