Friday, 31 October 2014

Uncle Raymond so shyyy

Assalamualaikum

Haiii jumpe lagi..


........................................




Harituh cerita pasal kedai kan, lupe pulak nak kenalkan uncle tuhh


Okay ni serba sedikit tentang Uncle Raymond...

* Raymond Yeo
*Dealer in Bound Feet Shoes (Original Pattern),
 Old & Modern Leather Beaded Sandal & etc
*15 tahun teruskan bisnes family sendiri
*06-2849726




.................................

Ni pulak Partner Uncle Raymond merangkap Abang kepada Uncle Raymond.
Kedai yang dibuka ni memang kedai keluarga yang dibukak dari zaman Atuk Nenek meraka lagi. 






..............................


Ni artikel yang ada kt kedai Uncle Raymond.
Nampak betul dah lame artikel ni sampai dah kuning-kuning haa
















.................




Thursday, 16 October 2014

Melaka Lagiiiii

Fuhh berhabuk!! Lamenye tak post, setakat review je hiks. Minggu lepas dengan minggu ni lah assignment sangat banyak bergunung-gunung. Tidur jangan cakap, memang tak cukup.

Haa ni nak cerita, sabtu lepas curi sikit mase pergi Melaka balik. Macam biasa pergi naik bas je, senang nak bergerak pergi mane mane. 

...............
Jom nak cerita sikit pasal Owner Kasut Kuntum Teratai yang ade kt Jonker Walk ni.


Okay ni owner diaa. Uncle Raymond Yeo
Uncle ni sangat pemalu tau



Ni bisnes kad Uncle Raymond Yeo ni
Haa senang kalau sape sape nak contact



Ni guardline nak pergi kedai dia, 
susah sikit kene pusing pusing kt area Jonker Walk tuh dulu baru jumpe. 
Haa lagi satu, Kt area situ kalau korang tak tahu sesuatu tempat tuh, 
rajin-rajin lah bertanya orang kt situ. Diorang memang peramah
So tak perlu risau sangat,


Signboard ni die letak betul-betul kt depan kedai dia
Kalau nampak signboard ni, tuh lah kedai dia.


Ni partner uncle Raymond Yeo. Abang kepada Uncle Raymond.
Sama tak dengan gambar atas tuh hihi



Haa ni kawan uncle Raymond. 
Tapi dia takde kene mengena pun dalam kedai ni 



..............................


Ni lah Kedai Uncle ni, 
Senang untuk siapa-siapa kalau nak datang berkunjung







...................................

Ni pulak kedai kedai yang ada kt area kedai uncle ni yee






.........................


Time tengah hari macam tuh, kedai uncle ni dah start ramai orang dah. 
Kebanyakkanye pelencong asing lah yang datang kt kedai ni, 
Uncle ni memang bagi layanan A+ kt pelanggan dia tau.







,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Okay setakat ni jela. Sambung pulak minggu depan. Tataaaa






Saturday, 11 October 2014

Hellloooo Melakaaaaa !!

Hi, seminggu cuti. So Nadia curi curi mase cuti ni jalan jalan Melaka. Memang excited memandangkan last pergi Melaka time 6 tahun! Luls tapi tuhlah kenyataan die okay.
Sebelum pergi dah survey dengan kawan kawan yang duduk kt Melaka, tanye macam mane nak gerak dari KL ni sampailah macam mane nak balik KL balik kalau dr Melaka.
Nadia pergi Melaka naik bas sebab senang nak bergerak ke sane sini, 
dgn kawan susah senang hiks . 
Ambil bas pulak dari TBS

okay name kite die eja salah grr


Dah sampai Melaka Sentral jadi blur kejap, tapi nasib baik orang sane semua ramah ramah, even bangsa lain pun memang ramah sangat bile Nadia tanye tentang jalan ni.
So dah sampai Melaka Sentral kene amek bas Panorama no 17 untuk pergi ke jonker walk. 
RM 1.50 je kalau dari Melaka Sentral.


.........................................................
Tapi bile kami dah naik bas ni dapat pulak call dari Ibu kawan Nadia 
yang teman Nadia pergi Melaka ni, Ibu die kate Atuk die Meninggal. 
..Innalillahiwainnailaihirojiun..

Time tuh memang terkejut sangat sebab bas pun dah gerak ke jonker walk. So kami amek keputusan tuk jumpe orang kedai ni dan mintak kebenaran dia untuk ditemuramah lain kali. Uncle tuh faham dan dia kate okay so kami pun just tangkap gambar produk tersebut dan terus balik KL. Memang penat sebab kejar masa. So ni yang Nadia sempat tangkap.


Yang ni bapa kepada tauke kedai ni. Uncle ni tersangat lah peramah, baik hati. 
A+ untuk uncle ni
.................................

Ni antare koleksi Kasut Kuntum Bunga Teratai yang ada kt kedai uncle ni, 
kasut tuh memang kecil betul, lagi kecil dari tapak tangan Nadia..








Ehh ?

............................
Okay ni pulak keratan akhbar/majalah yang ada kt kedai uncle ni. 
Memang lame betul sampai dah kuning kuning dah surat khabar tuh hihi





.................................................


Sebelum balik Selfie dulu dengan uncle hihi

.....................
Kalau nak balik dari jonker walk ke Melaka Sentral balik, kene naik bas yang sama, Panorama, no 17 jugak. Kami ambil bas dari seberang Dataran Pahlawan. Rm 1.50.

Time balik kami try naik bas Delima pulak, harga yang same. RM 10 Melaka - KL.
Lagi selesa dari bas yang kitorg naik dr KL tadi hihihi

Okay sampai sini je entry kali ni, tunggu kalau ade rezeki minggu depan nak pergi Melaka lagi. So kalau nak tunggu next post, rajin2 lah blogwalking ke blog ni..

..Thanks for reading...