Hello Assalamualaikum People..
Minggu lepas design pun dah proceed, so lepas ni kami ditugaskan untuk membuat Moodboard..
Moodboard yang ditugaskan mestilah dihiasi dengan segala jenis
Fabrik/Element yang kita hendak apply untuk produk kami..
Best buat moodboard..
So kalau nak tengok moodboard kite, kene lah tunggu next post pulak hihi..
...........................................................................
Haa hari ni kite nak cerita bagaimana cara Uncle Raymond membuat
Tapak Kasut Kecil Kuntum Teratai ni..
..........................
Okay ni Uncle yang mengendalikan Kasut Kuntum Bunga Teratai
Sama kan dengan gambar kt atas tuu hahah



..................................................
Yang ini bahan asas untuk membuat tapak Kasut ini, hanyalah menggunakan Kayu
........................................
Mula-mula sekali, Fabrik yang digunakan hanyalah Fabrik Silk ataupun dikenali sebagai Kain Sutera
................................................
Sapu Gam kasut pada Fabrik tersebut, tetapi jangan terus lekat dibahgian tapak tersebut.
Biarlah ianya kering sedikit terlebih dahulu
.......................................
Pada Fabrik yang telah digam tadi, bahagikan Kain terseut kepada 2 bahagian untuk mendapatkan bahagian tengah Fabrik tersebut
.............................
Setelah mendapat bahagian tengah Fabrik tersebut,
lekat Fabrik tersebut di bahagian tengah tapak kayu tersebut
..................................................
Bunguskan kayu tersebut dengan Kain Sutera tadi. Lekatkan dengan berhati-hati
agar semua bahagian terlekat
.................................................
Setelah melekatkan Kain Sutera tadi di kayu tapak tersebut, gunting di bahagian penemuan antara permulaan dan perakhiran Kain tersebut. Potong agar Fabrik tersebut tidak tinggi rendah
.......................................
Lekat Kain tersebut di semua bahagian. Caranya hanyalah seperti kita membalut bungkusan
...................................
Setelah selesai membalut semua bahagian, ketuk fabrik tersebut dengan menggunakan penukul agar semua bahagian terlekat dengan kemas
....................................................
Gambaran tapak apabila sudah selesai dibalut. Sangat Kemas
.................................
Sekian untuk cara membalut tapak Kasut Kuntum Bunga Teratai dengan Kain Sutera. Tunggu Post yang seterusnya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut..
TATAAAAAAA!!!!!!!

No comments:
Post a Comment